Facebook Timeline & Cara Optimasi

- Facebook Timeline
Facebook telah memperkenalkan Facebook Timeline yang menggantikan Facebook Newsfeed biasa sebelum ini. Dan penukaran ini berperingkat, dimana buat masa ini sesiapa yang berminat sahaja boleh menukar facebook mereka.
Profile Cover

Perubahan paling ketara ialah bahagian profile sudah mempunyai ‘header’ atau dikenali sebagai Cover oleh Facebook. Didalam bahagian profile anda bolehkan masuk gambar yang berkaitan dengan anda.
Cadangan Merangka Cover Profile
Saiz yang dicadangkan ialah 850px X 315px. Dan gambar anda boleh gunakan gambar-gambar anda sebelum ini atau menggunakan gambar yang direka khas untuk tujuan promosi diri anda. Tetapi awas, sebarang bentuk promosi perniagaan adalah dilarang oleh Facebook. Jadi pandai-pandailah buat rekaaan gambar anda!
Apabila gambar sudah diupload atau dipilih dari album anda yang lain, gambar tersebut secara automatik akan masuk ke bahagian album baru dikenali sebagai Cover Photos .

- Cover Photos Automatik
Susunan Newswall anda juga bertukar mengikut susunan kronologi apa yang telah anda buat sejak mula-mula Facebook dibina pada tahun 2004. Dan juga jika anda mempunyai sejarah lama yang dicatat lebih lama, maka lebih lama timeline anda akan dilihat mengikut tahun.

- Newswall Timeline Profile
Didalam mana-mana Timeline anda dibahagian garis, anda boleh masukkan sebarang masa tambahan dan letakkan mengikut, masa, tarikh dan tahun. Jadi bila-bila anda boleh masukkan apa sahaja yang anda mahu.

Garis kronologi juga dibina disebelah dengan profile anda untuk memudahkan anda bercerita atau orang mencari cerita mengenai diri anda.
Banyak maklumat pantas boleh diperoleh dari sebelah kanan timeline profile anda. Dengan hanya merujuk kepada Bulan dan Tahun, maka data yang lepas boleh diperoleh.
Bagi anda yang ingin mengubah profile anda ke Facebook Timeline, boleh gunakan alamat web ini untuk tukar kepada Timeline baru.
Anda boleh gunakan Facebook Timeline hanya dengan satu klik sahaja!

14 Responses to “Facebook Timeline & Cara Optimasi”
sentap on December 26, 2011
boleh stalker fb org ni..
btw entry yg menarik…
Gero Azrul on December 26, 2011
Terima kasih Sentap,
.
sentap on December 26, 2011
bro.. saya tgk ramai yg promote bisnes atau kedai atau blog kat cover tuh.. fb marah ke nnti?? baru terpk nk buat satu..
Gero Azrul on December 26, 2011
Mengikut peraturan Facebook, memang tidak boleh promosi apa-apa berbentuk perniagaan di Cover Profile. Tapi ramai yang buat juga, jadi rasanya kalau setakat ini, Facebook tidak mengambil apa-apa tindakan.
Yang pasti, sebarang bentuk pengiklanan tujuan komersil tidak dibenarkan.
Inforaktif Saiful on December 26, 2011
Tq bro atas perkongsian..
saya pun masih tercari-cari sumber kat mane nak tau pasal Facebook Timeline nie…
Harap bro Gero dpt update sebarang info dari semasa ke semasa utk manfaat bersama .. TQ
Gero Azrul on December 26, 2011
Sama-sama, akan diteruskan dari masa ke masa. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca!
Azlan Ali on December 26, 2011
Menarik , terima kasih kerana berkongsi info ni
Gero Azrul on December 26, 2011
Sama-sama Azlan.
Amim on December 26, 2011
terima kasih perkongsian tentang timeline . sedang berfikir2 nk guna . . sebab cam susah sket . mcm berterabur . .
Gero Azrul on December 26, 2011
Sama-sama, Facebook Timeline elok gunakan awal-awal untuk biasakan diri. Facebook akan buat semua tukar juga kepada timeline nanti. Rasa agak berterabur kerana kita masih tak biasa.
Macam saya juga, tetapi kalau diperhatikan banyak yang baik dari segi hal itu contohnya, perhatikan timeline bukannya post akan membantu.
Adzhan on December 26, 2011
Salam saudara Gero… Terima kasih atas perkongsian maklumat… Ni baru tahu pasal Facebook Timeline…Nampaknya kena belajar guna dari awal. Tak dapat berjalan, merangkak2 dulu pun jadilah… hehehe…
Gero Azrul on December 27, 2011
Wsalam Adzhan,
Tiada masalah kalau baru tahu, kerana memang masih awal. Tak wajib bagi semua orang.
Jadi sekarang ini masih kira awal.
tia zyha on December 27, 2011
thank u for this info tn.. ok jugak rasanya facebook timeline ni.. nmpak menarik.. nanti leh cuba..
Gero Azrul on December 27, 2011
Welcome Tia Zyha, silakan cuba.