Kajian Kes : Penggunaan Facebook Ads Untuk Menjual Produk Sinar Niaga

Untuk kajian kes Facebook Ads ini, contoh yang akan ditunjukkan adalah pengiklanan dengan menggunakan Facebook Pages. Facebook Pages ini adalah berkenaan Pakaian Muslimah. Sasaran adalah pengguna wanita berumur antara 20 ke 40 tahun.

Di bahagian body, penggunaan teks adalah untuk menarik minat pengguna untuk membuka halaman Pages tersebut. Kata kunci menarik yang digunakan di sini adalah DISKAUN.

Seterusnya, penggunaan imej Muslimah dengan pakaian Muslimah digunakan untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik.

Untuk bahagian kedua iaitu bahagian Targeting, tetapan yang dipilih ialah wanita yang tinggal di Malaysia berumur antara 25 ke 40 tahun. Pilihan umur ini adalah disebabkan kuasa membeli yang lebih tinggi untuk mereka berada di antara purata umur ini. Anda juga boleh melakukan eksperimen iklan mengikut kumpulan umur iaitu dengan membahagikannya di antara 20 – 29, 30 – 39 dan 40 – 49 untuk melihat keberkesanan iklan anda.

Manakala untuk bahagian Interest, sasaran adalah kepada mereka yang LIKE pada pages tertentu yang lebih kepada Page Islamik bersesuaian dengan sasaran pelanggan untuk pakaian muslimah. Di sini, Interest yang digunakan adalah berkaitan dengan Page Muslim dan Muslimah seperti Muslimah Solehah, Ustaz Zamri, Imam Muda, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Zawawi.

 Jumlah sasaran adalah sekitar 240,000 yang mana adalah jumlah yang agak baik untuk iklan tersebut.

Pilihan Connection on Facebook adalah Anyone dan untuk pilihan Advanced Demographics serta Education & Work, tiada pilihan spesifik yang dibuat. Namun begitu anda boleh mengecilkan skop sasaran pengguna mengikut pilihan anda.

Untuk penetapan budget, pilihan budget adalah USD20 sehari dan kempen dijalankan sepanjang masa. Pilihan Pricing untuk kempen ini ialah CPM dengan jumlah bidaan maksima USD0.06.

 *NOTA:  Selepas hari kedua kempen dijalankan, budget diturunkan kepada USD10 setelah mencapai jumlah LIKE untuk page yang bersesuaian.

Selepas 10 hari kempen dijalankan, jumlah LIKE untuk Facebook Pages tersebut telah mencapai hampir 1200 LIKE dengan jumlah kos sebanyak USD108.24 dengan jumlah klik sebanyak 2,218.

Untuk setiap satu LIKE yang diperolehi, kos adalah sebanyak 9 sen sahaja iaitu bersamaan dengan kira-kira RM0.30 sahaja. CPM secara purata adalah sebanyak 2 sen sahaja.

Sehingga tarikh kempen dihentikan, lebih 350 subscribers atau leads diperolehi untuk mailing list dan ianya bertambah dari masa ke semasa secara viral.

Untuk conversion jualan sepanjang kempen yang dijalankan, sebanyak 5 tempahan diterima berjumlah hampir RM400.

Berdasarkan kajian kes yang dijalankan, ianya menunjukkan keberkesanan Facebook Ads itu sendiri. Kempen iklan yang dijalankan adalah lebih efektif, targeted serta mempunyai kos yang minima.

 Apa yang penting adalah kreativiti anda untuk iklan yang anda tetapkan. Lakukan uji cuba terhadap iklan dan sentiasa monitor setiap perubahan jumlah klik, LIKE dan kos iklan.

 Semoga Berjaya!

Tagged As: , ,

One Response to “Kajian Kes : Penggunaan Facebook Ads Untuk Menjual Produk Sinar Niaga”

  • Nik Hisyam on January 20, 2012

    Nice! :) Namun, masih banyak yang boleh diperbaiki terutamanya dari segi meminimakan kos fb ads. Niche memang dah okey sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *