Media Sosial Dan Peranan Dalam Perniagaan Di Malaysia

Media sosial semakin berkembang di Malaysia dengan bertambahnya hampir 12 Juta pengguna Faceboook terutamanya. Di dalam konteks ini transformasi perniagaan perlu dilakukan dari masa ke masa seiring dengan perkembangan teknologi.

Pengggunaan pelbagai medium media sosial yang percuma dan juga majoriti pengguna menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk, servis , dan juga isu-isu semasa.

Media sosial mampu menggerakkan pelbagai aspek dari segi ekonomi, politik , dan agama. Jadi fokus mediasosial.org ini ialah untuk memenuhi keperluan informasi untuk perancangan berperingkat bagi individu, organisasi atau komuniti yang memerlukan maklumat yang telus dan terkini mengenai teknologi media sosial ini.

# Kesan Media Sosial Dalam Politik

Obama pada 2008 telah memenangi kempen pilihanraya dengan bukan sahaja mendapatkan aktivis yang bergerak dalam kumpulan dalam media sosial, dengan mempunyai 2.5 pengikut yang berlainan.

Dengan menggunakan twitter Obama juga mempunyai lebih 115,000 pengikut , iaitu 3 kali ganda dari lawannya John McCain.

Dan senario ini juga memainkan peranan dalam politik di Malaysia, dengan blog-blog politik di blogspot yang banyak membicarakan isu-isu berkaitan isu semasa dalam politik. Begitu juga dengan perkembangan fan page yang diguna pakai oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai jutaan pengikut.

# Kesan media sosial dalam ekonomi

Ini dapat jelas dilihat dalam ekonomi, banyak perubahan berlaku pada media konvensional seperti media cetak – Berita Harian , NST dan sebagainya sudah menggunakan web online dan fan page untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Kini berita perlu mencari pembaca, dan pembaca hanya menunggu berita di Facebook dan Twitter mereka.

Dalam pemilihan produk atau servis, pengguna mempunyai lebih kuasa dengan membuat perbincangan mengenai sesuatu produk di Facebook dan Twitter sebelum mendapatkan sesuatu produk atau servis dari syarikat tertentu.

Antara contoh relevan sekarang ialah penggunaan Facebook Pages dalam meraih undi untuk program realiti Astro seperti Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.

# Kesan media sosial dalam Agama

Dakwah-dakwah dilakukan dengan menggunakan video viral dalam youtube dan Facebook Video untuk menyampaikan maklumat-maklumat mengenai tajuk-tajuk tertentu contohnya sekarang ini lebih popular dengan ceramah Ustaz di Youtube dan pengguna mula berkongsi video bersama rakan mereka.

Secara keseluruhannya, transformasi telah berlaku sama ada kita sedar atau tidak, dan tranformasi ini melalui teknologi yang diguna pakai oleh beratus juta pengguna. Secara tidak langsung ini memberi kesan pada perniagaan dan corak pemasaran akan datang.

Bagaimanakah anda boleh gunakan pemasaran media sosial untuk perniagaan anda? Senaraikan beberapa langkah pertama untuk memulakan perniagaan menggunakan pemasaran media sosial sekarang!

Tagged As:

4 Responses to “Media Sosial Dan Peranan Dalam Perniagaan Di Malaysia”

  • Fariz Kamis on December 24, 2011

    status update boleh mengubah hidup seseorang.

    • Gero Azrul on December 24, 2011

      Status update dari rakan yang ada, memberi kata motivasi, semangat dan galakan boleh membantu secara tidak sedar.

  • Rammesh Perumal on December 29, 2011

    Setuju sepenuhnya En Azrul, siapa2 yang berminat pemasaran online kena pandai mengambil kesempatan dalam perkembangan social media. Ia percuma dan memamg berkesan untuk mempromosi jenama sendiri dengan kos minima.

    • Gero Azrul on December 29, 2011

      Rammesh – benar, ambil kesempatan dalam perkembangan media sosial terutama di Malaysia. Cuma perlu tahu cara untuk mengoptimasi secara maksima. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *