Penggunaan iFrame untuk Landing Tab Facebook Page

Entri kali ini merujuk kepada optimasi Facebook Pages, jika anda masih tidak tahu apa itu facebook pages asas, boleh comment dibawah.

Topik ini mungkin agak advance bagi sesetengah orang, namun tidak rugi jika terus meluangkan masa meneliti kandungan yang diberikan ini.

Penggunaan Landing Tab yang menarik bukan sahaja dapat menjadikan Facebook Page anda menarik, malahan dapat meningkatkan kadar LIKE terhadap Facebook Page anda.

Hanya pengguna yang masih lagi belum LIKE di halaman Page anda sahaja yang akan sampai ke tab Welcome atau landing tab khas yang anda tetapkan. Bagi pengunjung yang telah LIKE halaman Facebook Page anda, dia akan dibawa ke halaman Wall Page anda, dan bukannya pada tab khas tersebut.

Sebagai Admin halaman Facebook Page, anda tidak akan dibawa ke landing tab khas yang anda tetapkan apabila anda membuka halaman Page anda. Anda mesti log keluar dari akaun anda terlebih dahulu dan kemudian melawat halaman Facebook Page anda untuk melihat apa yang pengunjung yang baru tiba ke halaman Page anda lihat.

Penggunaan iFrame untuk Landing Tab Facebook Tab adalah seperti “bingkai” atau tingkap di dalam laman web yang membenarkan untuk membawa unsur-unsur luaran, dalam erti kata lain, anda boleh mempunyai laman web di dalam laman web lain.

Beberapa contoh Landing Tab Facebook Page yang digunakan:

Contoh 1: Oreo

Contoh 2: Kahwina

 Anda dapat membina laman web pada pelayan anda sendiri (hosting anda sendiri) dan kemudian memanggil melalui aplikasi dan memaparkan di dalam Facebook Page atau melalui penyedia perkhidmatan percuma atau berbayar.

Membangunkan Landing Tab Menggunakan Perkhidmatan Laman Web

Salah satu contoh perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membangunkan landing tab Facebook Page anda ialah PageModohttp://www.pagemodo.com/

Klik pada Start Now! Connect with Facebook untuk bermula.

Kemudian, klik pada Create New Tab untuk membina landing tab bagi Facebook Page anda. Pilihan Facebook Page milik anda akan dipaparkan di dalam menu seterusnya. Pilih Facebook Page yang ingin anda pasang landing tab tersebut.

Anda boleh memilih tema untuk Facebook tab anda mengikut pilihan yang diberikan. Di bahagian Modify Theme, anda boleh memilih tema warna yang bersesuaian. Anda juga boleh mengubahsuai teks di dalam Edit Content serta menetapkan Like Gate di bahagian seterusnya. Fungsi Like Gate ini adalah memerlukan pengunjung untuk LIKE laman Facebook Page anda terlebih dahulu sebelum dapat melihat kandungannya.

Selepas semuanya selesai dikemaskini, anda boleh Publish landing tab tersebut di Facebook Page anda.

Terdapat juga beberapa penyedia servis seperti ini yang lain seperti WooBoxhttp://woobox.com/customtab  dan WildFirehttp://iframes.wildfireapp.com/

Kekurangan penggunaan servis percuma seperti ini berbanding yang berbayar adalah ianya adalah terhad untuk beberapa tab sahaja. Namun begitu ianya adalah sesuai bagi yang baru bermula kerana ianya mudah untuk ditetapkan di halaman Facebook Page anda.

Tagged As: , , ,

2 Responses to “Penggunaan iFrame untuk Landing Tab Facebook Page”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *